Tuesday, 25 March 2014

Pantang Larang


Berpantang…..

Hari ni rase nk meng”exercise” jari mengenai  PANTANG…lalalala  bkn pantang jumpa yer…

Aku baru lepas proses D&C… D&C tu (dilation and curettage)…lau org kite ckp, cuci… Sesetengah org tidak ade proses pantang selepas D&C/ keguguran, ada juga yg hanya 2 minggu berpantang, ada juga bidan n org yg lebih berpengalaman mengatakan pantang gugur dan pantang bersalin sama malah lagi teruk pantang gugur… so, aku agak kompius mengenai ini….hmmm.. mane satu nk ikot ek??

Masa aku dalam proses pantang, aku kena minum air halia ( werkkk, xsedap..pedass woo..).makan ikan bakar, sup ikan… banyak pendapat mengenai pantang ni…ade sesetgh org xde pantang langsung..ada yg sikit2 .. ada yg pantang btol2.. bagi aku, sume tuh atas diri kita…kita akan tahu mana yg baik dan buruk..


Besttt jgk laa…dpt kuarkan angin…


Nasi xboleh tambah tau…hihihi

Aku selesa berpantang…nk thu kenapa?? Hihihi aku dpt diet…makanan sihat tanpa minyak…makan xbnyk..so, berat pon turun 3 kilo… wow..

Sekarang, dh lepas 50 hari pon, aku masih xsentuh minuman sejuk (ais), makanan yg bg angin, yg sejuk2…so far…alhamdulillah…..

 

Jumpa lagi…daaaa

Puan FettyFirdaus

 

 

 

 

Friday, 21 March 2014


2014…bermakna dh berhabuk+sawang+labah2 kt blog ni…semenjak lappy aku kena curi, aku dh ssh nk menaip2…~~miss my laPPy…

 

Banyak perkara yg berlaku sepanjang thun 2013 smpai sekarang..suka dan duka..air mata gembira dan air mata kesedihan…pertambahan dan keHilangan…

Thn 2013..aku dpt anak buah baru…Mohamad Akif Rizqi… dan aku kehilangan ibunda tercinta…permergian yg x disangka2… hanya tubuh yg kaku menyambut kepulangan aku… ibunda aku pergi mengadapNya selepas 3 bulan aku ditunangkan dengan Mohamad Firdaus yg merupakan suami aku sekarang dan juga 2 bulan sebelum aku disatukan… pelbagai rasa yg xdapat aku ungkapkan…. Terasa kosong apalagi apabila melihat wajah adik yg bongsu yg masih tidak mengerti kehidupan… majlis aku diteruskan hanya dengan akad n majlis tahlil….

Hmmm….  

 

2014…sekali lagi aku kehilangan… aku disahkan pregnant pada pertengahan disember… *Alhamdulillah, rezeki aku awal* namun aku disahkan keguguran (doc cakap kandungan xmenjadi) ketika usia kandungan aku mencecah 3 bulan…aku melalui proses D&C (cuci) dan saat paling aku memerlukan ibu disamping ialah saat berpantang…aku kuatkan semangat utk berpantang di rumah nenek mertua… ternyata aku amat terasa ingin dijaga oleh ibu sendiri…

 

Sekarang, disaat aku menulis aku telah 45 hari selepas proses D&C… dan aku meneruskan perjalanan hidup yg telah di tetapkan olehNya…

 

 

Jumpa lain kali…salamm..

puan fetty